empty
 
 
03.02.2023 11:08 AM
Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 3 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Apabila euro pertama kali menguji tahap 1.0982, garis MACD sudah berada jauh dari sifar, jadi potensi penurunan adalah terhad. Tetapi tidak lama kemudian, pada ujian kedua, garis MACD sudah keluar dari kawasan terlebih jualan (oversold), menghasilkan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli. Ini membawa kepada lonjakan harga sekitar 20 pip. Sementara itu, ujian ketiga pada tahap 1.0982 mendorong kepada penghasilan isyarat menjual, yang mengakibatkan penurunan sebanyak 40 pip. Terdapat lantunan 15-pip pada sebelah petang disebabkan oleh pesanan membeli sekitar 1.0947.

This image is no longer relevant

Keputusan ECB untuk menaikkan kadarnya sebanyak 0.5% sangat dijangka sehinggakan pasaran bertindak balas dengan penurunan walaupun kenyataan keras Christine Lagarde mengenai kenaikan selanjutnya. Tetapi euro boleh membuat kemunculan semula hari ini kerana laporan PMI akan dikeluarkan, dan data PPI, walaupun menunjukkan penurunan, tidak akan memberi banyak kesan kepada pasaran. Ucapan ahli Lembaga ECB Frank Elderson juga akan kurang menarik.

Pada sebelah petang, terdapat laporan mengenai senarai gaji bukan ladang (NFP) AS untuk Januari, di mana kelembapan mendadak dalam pertumbuhan pekerjaan baharu dijangkakan. Ini boleh menyebabkan kejatuhan lagi dalam dolar dan satu lagi kenaikan dalam euro. Data PMI perkhidmatan dan komposit akan menjadi kurang menarik di kalangan pseerta pasaran.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0923 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0980. Pertumbuhan boleh berlaku jika zon Eropah mengeluarkan data PMI yang kukuh. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa pesanan membeli hanya akan dibuka apabila garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0887, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0923 dan 1.0980.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0887 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0843. Tekanan akan meningkat jika tiada aktiviti kenaikan harga pada tahap rendah semalam. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0923, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0887 dan 1.0843.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget