empty
 
 
19.05.2020 02:25 PM

Pada pusingan peraduan kali ini, kami amat berbesar hati ingin mengumumkan lapan nama peserta bertuah yang telah memenangi peraduan dari InstaForex: Chancy Deposit, InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, Lucky Trader, Real Scalping, Great Race, dan Trade Wise, Win Device. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang. Sementara untuk pedagang yang lain, penyertaan anda di dalam pusingan peraduan yang seterusnya adalah sangat dialu-alukan dan semoga berjaya!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, pemenang bertuah yang dipilih secara rawak akan diumumkan sebagai menang dan menerima hadiah. Oleh itu, anda juga berpeluang untuk dinobatkan sebagai pemenang, sambil meneruskan rutin perdagangan anda di pasaran Forex! Berikutan adalah keputusan finalis bagi dua peringkat terakhir, Igor Valentinovich Dubodelov dari Belarus dan Frederick Johan Munro dari Afrika Selatan. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan mengalu-alukan penyertaan peserta lain dalam pusingan peraduan yang seetrusnya! Jumlah keseluruhan hadiah berubah-ubah pada setiap bulan, oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menang.

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan elemen ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Kali ini, Sergey Viktorovich Miller dari Rusia telah mempamerkan prestasi terbaik dan meraih kemenangan. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk menguji ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai peraduan! Peraduan InstaForex Sniper seterusnya dijadualkan akan berlangsung mulai 25 Mei 2020 hingga 29 Mei 2020.

One Million Option

One Million Option adalah merupakan salah satu peraduan paling popular dari InstaForex. Sebilangan besar peserta rindu untuk menguji semangat berdaya saing mereka yang kuat, untuk merasai keterujaan dan adrenalin yang tinggi! Setiap peserta bersaing untuk merebut gelaran pedagang pilihan terbaik dalam perjuangan yang sengit. Kali ini, Ahmed Ben ali Neffef dari Tunisia telah berjaya menduduki tempat teratas. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa Peraduan One Million Option dari InstaForex diadakan setiap minggu dari 00:10 pada hari Isnin sehingga 23:50 pada hari Jumaat.

FX-1 Rally

Prestasi terbaik dalam peraduan FX-Rally telah ditunjukkan oleh Vasily Ivanovich Aleksashkin, peserta dari Rusia dan Javlon Baxromovich Shukurov dari Uzbekistan. Kami mengucapkan tahniah kepada pemegang rekod dan berharap beliau akan mengekalkan status juruterbang terbaik dalam pusingan yang seterusnya. Jika anda tidak takut untuk berdepan dengan kesukaran dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menakjubkan, anda dialu-alukan untuk menyertai peraduan - selamat datang ke permulaan Rali FX-1 yang seterusnya! Anda boleh mendaftar dan menyertai mana-mana peringkat yang diadakan dari jam 00:00 hingga 23:59 setiap hari Jumaat.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci untuk kemenangan dan hasil yang terbaik dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda mampu melakukan perdagangan yang sempurna dalam peraduan Lucky Trader, seperti yang dilakukan oleh Andrey Sergeevich Dralyuk, peserta dari Ukraine, anda juga berpeluang untuk menang pada salah satu pusingan peraduan. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan bermula pada 11 Mei 2020 dan berakhir pada 22 Mei 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam peraduan Real Scalping, pedagang perlu peka, fokus, dan mempunyai rasa ingin tahu serta keinginan yang tinggi untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesilapan. Oleh itu, ketekunan, kesabaran dan latihan kemahiran adalah kunci kepada kejayaan. Kali ini, Seif Ahmed Mohammed Salah Eldeeb dari Mesir berjaya menewaskan pesaing lain. Tahniah! Teruskan! Kami dengan sukacitanya ingin mengajak semua pedagang untuk menyertai peraduan kami dan merebut hadiah utama! Pusingan untuk peraduan yang seterusnya akan bermula dari 4 Mei 2020 hingga 29 Mei 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, Vladimir Alexandrovich Pilipenko peserta dari Rusia telah diumumkan sebagai pemenang. InstaForex mengucapkan tahniah kepada finalis dan mendoakan kejayaannya di peringkat peraduan yang lain. Anda boleh mendaftar untuk menyertai peringkat pertama peraduan sehingga 17 Mei 2020. Peraduan ini dijadualkan akan bermula pada 17 Mei 2020 dan berakhir pada 19 Jun 2020.

Trade Wise, Win Device

Syarikat InstaForex menawarkan alat peranti moden sebagai sebahagian daripada hadiah siri kempen dan peraduan dengan jumlah dana hadiah tahunan melebihi AS$500,000. Anda mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntungan wang, memenangi kereta sukan seperti Ferrari, dan juga menjadi salah satu pemilik peranti mudah alih canggih. Berikutan adalah hasil keputusan bagi pusingan peraduan terakhir, Sugeng Prihadi dari Indonesia telah diumumkan sebagai pemenang bertuah. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan diadakan dari 1 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020.

Semoga berjaya!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget